Buat Tempahan
Tempah meja anda di Rembayung dan nikmati perjalanan ini.
Bagi memastikan pengalaman yang selesa dan teratur untuk semua tetamu, kami memohon kerjasama anda untuk mengambil maklum perkara berikut:
Saiz meja 3 hingga 8 orang
Kanak-kanak dikira sebagai sebahagian daripada bilangan ini.
Nota: Tetamu yang ingin hadir berseorangan atau berdua boleh memilih saiz meja 3 orang.
Keperluan khas
Kerusi roda, kereta sorong bayi atau keperluan kesihatan lain? Maklumkan semasa menempah supaya meja di lantai bawah dapat disediakan.
Deposit RM10 seorang
Diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Tidak dipulangkan jika dibatalkan, tetapi ditolak sepenuhnya daripada bil pada hari kunjungan.
Meja disimpan 15 minit
Lewat melebihi tempoh ini, tempahan dibatalkan secara automatik dan deposit tidak dikembalikan.
Masa makan 1 jam 45 minit
Bermula dari waktu tempahan asal, bagi memastikan kelancaran servis kepada semua tetamu.
Susunan tempat duduk
Tertakluk kepada ketersediaan dan pelan lantai pada hari kunjungan.
Tanpa tunai sahaja
Kami menerima kad debit, kad kredit dan QR.
Terima kasih kerana memilih Rembayung. Kami berbesar hati untuk menyambut kehadiran anda.